Friday 22 July 2011

2012 vs Banjir Besar zaman nabi nuh

\


Citer 2012 nie dah lama. Tp aku tgok skali lagi.. 2012 ni mengisahkan keadaan bumi yang hampir kiamat apabila gempa bumi yg menghancurkan negara2 besar dan tsunami yang dasyat sehinggakan hampir mengenggelamkan gunung tertinggi di dunia iaitu gunung everest. Mgkin kita bleh bygkan ini adalah gambaran hari kiamat. Tapi gambaran yang diceritakan dlm Alquran dan hadis adalah lbh dasyat apa yg ditunjukkan dalam mana2 filem seperti ini. Mungkin org ckp ini sekadar cerita ttp kita sbg umat Islam wajib mempercayai hari kiamat itu wujud. Ingat x lagi kisah banjir besar zaman nabi nuh?. Sepanjang ak tgok cter 2012 nie,ak gmbrkan keadaan banjir besar yg melanda seluruh bumi.

\




NABI Nuh telah dilantik oleh Allah untuk membimbing kaumnya supaya menyembah Allah. Pada waktu itu, kaum Nabi Nuh hidup dalam kekufuran. Mereka menyembah berhala yang dibuat oleh mereka sendiri. Baginda tetap menjalankan perintah Allah untuk menyeru kaumnya supaya tidak menyembah berhala lagi.
Walaupun begitu, hanya sedikit sahaja daripada kaumnya yang beriman kepada Allah. Nabi Nuh mula berasa putus asa. Lalu, baginda pun berdoa kepada Allah. Nabi Nuh mengadu kepada Allah mengenai sikap kaumnya. Maka, Allah pun mengkabulkan doa baginda. Allah memerintahkan Nabi Nuh supaya membina sebuah kapal yang besar. Dengan bantuan daripada Allah, Nabi Nuh pun membina kapal tersebut.
Apabila kapal tersebut telah siap, Nabi Nuh pun membawa setiap jenis haiwan yang berpasangan ke atas kapal. Nabi Nuh juga mengumpul benih-benih tumbuhan untuk disimpan dalam kapal tersebut. Selepas itu, Nabi Nuh pun menyuruh semua pengikutnya naik ke atas kapal lalu menyeru:
“Wahai orang-orang yang beriman! Naiklah kamu ke atas kapal ini. Janganlah kamu lupa untuk berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Tuhan akan melindungi kamu.”
Setelah semua orang Mukmin berada di atas kapal, Allah pun menurunkan hujan dengan lebatnya. Angin pun mula bertiup kencang. Allah juga memerintahkan bumi supaya mengeluarkan air dari perutnya.
Nabi Nuh yang berada di atas kapal memanggil anaknya yang tidak mahu beriman.
“Anakku, marilah naik ke atas kapal ini. Tidak ada siapa yang dapat menyelamatkan kamu melainkan Allah.
“Aku tidak mahu naik ke kapal itu. Aku akan berlindung di atas gunung,” kata anaknya.
Anaknya tetap berdegil. Dia tidak mahu menjadi pengikut Nabi Nuh dan meninggalkan amalan menyembah berhala.
Hujan yang turun dengan banyaknya telah membuatkan air sungai naik. Mata air yang membuak-buak membanjiri tanah-tanah kering. Orang-orang kafir mula berasa takut. Mereka melarikan diri ke atas bukit. Tetapi tidak lama kemudian, air banjir itu pun sampai ke atas bukit. Lalu mereka melarikan diri ke atas gunung pula.
Namun air banjir terus naik ke atas gunung. Tidak ada tempat lagi untuk orang kafir menyelamatkan diri. Maka, tenggelamlah mereka dalam banjir itu. Anak Nabi Nuh dan ahli keluarganya pun tenggelam. Itulah balasan dan azab yang Allah timpakan kepada kaum Nabi Nuh yang ingkar itu.
Banjir yang besar itu menenggelamkan semua benda yang ada di atas muka bumi. Tidak ada makhluk pun yang terselamat kecuali mereka yang berada di atas kapal Nabi Nuh. Banjir itu juga telah menenggelamkan semua tumbuhan dan gunung-gunung yang tinggi.
Apabila kesemua orang kafir mati, Allah memerintahkan hujan supaya berhenti. Bumi pun menyerap semula air banjir itu. Nabi Nuh sentiasa berdoa dan berzikir kepada Allah. Selepas banjir itu surut, kapal Nabi Nuh pun berlabuh di atas Bukit Judiy.

''Nuh berkata: 'Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, niscaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat lagi sangat kafir'.'' (QS Nuh [71]:26-27).

''Dan, bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan, Nuh memanggil anaknya, sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: 'Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang kafir'.'' (QS Hud [11]:42).
lPetikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

0 orang bdk spray kt dinding aku:

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP