Monday 18 July 2011

Kena tindih?.. Betul ke?..


Aku x pernah kena maen tindih2 dgn bnda tu setakat ni. Tapi rmai kawan aku yg berpengalaman prnah kna tindih nie. x kire pmpuan or lelaki. Sebelum aku go straight to the point psl topik ak nie,ak nk share stu cter psl kwn ak kna tindih..


Lokasi:Umah tok aku
Masa :1am- xtaw
Keadaan: Aku tidow lam bilik. Member ak tidow kat luar.


Mase tu,ak dah tidow awl setengah jam drpda mmber ak nie. Umah tok aku ni dua tngkt. Kat tngkat ats ada 4 bilik. 1 bilik tu bilik pak sdare aku.  n yg stu lagi bilik ak. Tok aku plak tidow kt bawah. Tp tiap2 malam biasanya pak sdare ak nie trun tdow kt bwah.. Dye ckp pnas tdow kt ats... X taw la mybe blk dia pns kot. So,tidow la ak dgn member kt ats tu. Member ak ckp,time dye tgh tidow,tiba2 badan jd berat. Mulut jd kaku. Nak pnggil ak pn x boleh. Malam tu,tok ak xde kt umah sbb pergi kt kedah. Punyala lama bnda tu tindih smpai member ak terlelap sbb x mampu nk lawan. 2,3 minggu lepas tu bru member aku nie cter kat aku psl kjdian tu..huhuhu... 

Yang peliknya....

1) Dah lama member ak nie tnggl kt umah tok aku nie,mybe dlm 4 bulan. Tapi mlm tu bru kena.
2) Sebelum nie tok aku x prnh jgk xde kt umh tp xde pape brlaku pun.
3) Selama hayat aku x prnh plak aku dgr org kna kacaw kt umah tok ak tu.
4) Kenapa aku x kena (bukan aku mintak kena),tp kwn aku je yg kna tindih..
5) Lepas hbis LP,kwn ak da blk kg dye n ak stay kt umh tok ak tu selama sebulan. Sepanjang bulan tu aku
    tu aku tdow sorg2 je kt ats..  Tap xde pape pn (bkn ckp besr).

So.....persoalnnya.. btul ke member ak kena tndih nie ATAU.. dia terkena

SLEEP PARALYSIS




Temporary Paralysis ini selalu berlaku bila mula-mula nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Normal badan manusia apabila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti di switch off kejap. Otak kita pun ada switch off button yang dipanggilReticular Activating System (RAS). So, ketika ini REM atonia (tiada muscle tone). Yang tinggal ketika ini hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan sebagainya. Lebih kurang macam screensaver atau hybernate lah.
Jadi, apabila kita bangun, RAS akan switch on balik. Kita akan sedar sepenuhnya. Tapi kadang-kadang berlaku juga keadaan yang mana electrical signal tidak diactivatekan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak akan diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh sekejap. Masa tu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tapi sebahagian saja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian badan lain tak boleh bergerak.
Satu lagi, sleep paralysis ini juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory(bunyi yang pelik-pelik), visual(nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap dll..) Sebab tu kita rasa macam kita kena himpit hantulah, bunyi mengilai lah.

Sebab-sebab yang membolehkan sleep paralysis berlaku:-
1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock)
3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt)
4. Stress yang banyak kat otak… masalah keluarga, kewangan bla2
5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi berenang kat laut, panjat gunung dan lain-lain)
6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang dengan ahli mesyuarat tingkap)
So, siapa-siapa yang pernah kena himpit, tak perlu risau selepas ini. Bukan hantu atau perogol bersiri. Cuma sleep paralysis saja. Anda juga boleh baca artikel mengenai sleep paralysis ini di sini. Oleh itu cara tidur yang betul adalah perlu dan kita telah pon diajar cara tidur yang sebenarnya..cuma kita tak amalkan shj. Marilah kita sama-sama mengamalkannya semula.
Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam
1) Tidur awal.Mungkin dalam pukul 1030 malam,anda sudah boleh masuk tidur.Jika anda sudah berkahwin,latih anak-anak anda tidur awal juga.
2) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi SAW membenci untuk tidur sebelum Isyak.
3) Semasa hendak tidur itu,niatkanlah dengan ayat lebih kurang begini “Ya Allah,aku tidur ini kerana-Mu ya Allah.Untuk memenuhi fitrah badan aku.Kerana aku ingin bertahajud pada malam nanti pula.Semoga tidur ini memberi kebaikan yang sama dengan tahajud aku nanti.”
4) Tetapi,niat di atas itu bahasa tidak formal sahaja.Itu saya baca begitu.Bukankah Islam itu mudah?Anda boleh searchdi internet untuk niat lebih formal.
5) Kemudian,tidurlah anda.Sebelum tidur itu,berwudhu’lah dahulu seelok-eloknya.Baca juga ayat Qursi.Baca juga surah Al-Ikhlaas,Al-Falaq dan An-Naas.Mengucap juga dua kalimah syahadah sebelum tidur.
6) Kemudian,dalam hati,niatkan untuk bangun pada pukul sebagai contoh mari kita letakkan 1.30 AM.Ini kerana waktu itu,kita punya minda belum sampai tahap tidur yang susah bangun.Ini kajian sains pun ada sebut.
7) Kemudian,bangunlah kita.Lakukan solat tahajud.Lakukan solat sunat.Ketahuilah bahawa solat tahajud itu solat sunat yang amat dituntut selepas solat fardhu.[link]
8) Kemudian,jika anda masih mampu,bacalah sedikit Al-Quran.Tetapi,janganlah lakukannya jika anda mengantuk.Rasulullah berkata yang bermaksud lebih kurang begini “Janganlah bersolat dalam keadaan mengantuk kerana kamu akan mencaci diri kamu sendiri nanti”.
9) Kemudian,tidurlah kita.Tetapi,setkan alarm untuk bangun subuh pula.
10) Kiranya kita boleh simpulkan kita bertahajud selama sejam.Iaitu sehingga 2.30 AM.Jadi,kita akan tidur selama 4 jam sehingga jam 6.30 AM. (Anda boleh sesuaikan waktu ini dengan jadual solat kawasan anda)
11) Tetapi,setkan di dalam minda.Kita hendak bangun subuh.Berdoalah kepada Allah.Supaya membangunkan kita ketika subuh.Dan ketika sedar sahaja,pastikan mengucapkan syukur kepada Allah.
12) Lawan perasaan malas anda.Itu hanyalah syaitan.Sains mengatakan kita perlu tidur 6-8 jam berterusan bukan?Sebenarnya kajian terbaru ada menunjukkan bahawa kita hanya perlu tidur 3-4 jam berterusan.Dan bangun malam sebentar itu bagus untuk kesihatan.
13) Dapat membaikkan buah pinggang dan sebagainya.Ini bertepatan apa diajarkan Rasulullah SAW.Baginda menyeru kita tidur sebentar apabila kita mengantuk.
14) Nampak?
15) Dan kemudian,apabila sampai ke waktu zuhur (tengahari),berbaringlah anda sebentar.Orang putih kata take a cat nap.Ianya bagus untuk kesihatan.Niatkan juga untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.Pasti mendapat pahala dan berkat.
16) Jangan tidur selepas asar.Ada bukti sains juga yang mengatakan tidur selepas asar boleh menghilangkan kewarasan (gila).
17) Dan apabila sampai malam,apabila anda mengikuti cara ini,pasti anda dapat tidur awal.Mula-mula hendak berubah,tentulah susah bukan?Jangan risau.
18) Dan dengan mengikuti cara ini anda mendapat 3 perkara.Iaitu keberkatan Allah SWT,kesihatan tubuh badan,dan juga dapat menjalankan tanggungjawab anda sebagai Hamba Allah SWT.
Perkara Rutin Kehidupan Seharian Yang Perlu Anda Ubah Untuk Mencapai Matlamat Ini
1) Kurangkanlah berhibur.Adakah anda fikir hiburan itu semua dapat membantu anda di akhirat kelak?Tiada guna menonton rancangan-rancangan yang tiada nilai kebaikan itu semua.Tiada guna anda duduk depan Facebook 24 jam mengharap akan keluarnya notification baru.
2) Tekad dan Istiqamah.Lakukanlah untuk mengharapkan keredhaan Allah.Anda hidup di dunia ini kerana Allah SWT mengizinkannya.Janganlah lupa kepada-Nya.Jika anda bersolat tahajud dan lengkap solat fardhu,pasti Allah akan membantu anda dalam hidup di dunia dan akhirat.
3) Jangan fikirkan orang lain punya kritikan.Ya.Hidup di zaman moden.You know.Malam masih muda selagi jam masih lagi belum menunjukkan pukul 5 pagi.Walaubagaimanapun,itu bagi mereka yang tiada ilmu.Jika anda masih mahu mengikut mereka,teruskan.Jika mahu menjadi hamba Allah yang mendapat berkat-Nya,ubahlah cara hidup.
4) Anda perlu untuk menambah ilmu anda juga.Jika anda tiada ilmu,ibadat anda itu kosong.Jika anda berilmu,anda akan dapat menghayati perbuatan anda.Sebagai contoh,jika anda ada ilmu tentang wudhu’,anda akan tahu betapa besarnya kebaikan berwudhu’ itu.Jika tidak,anda tidak lebih sekadar berwudhu’ kosong.
Walaubagaimanapun,kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan yang ini ialah kerja Syaitan dan Iblis yg sntiasa berusaha untuk mnyesatkan anak Adam..
Ikuti kisah yang aku petik dari sebuah blog nie yg mengisahkn beliau(the blogger) didatngi seorg muslimah yg hampir spnjg hdupnya "DIGANGGU"..antaranya ditindih..

Puan Masri sentiasa ditindih setiap kali tidur semenjak anak dara sehingga beliau mula belajar dengan saya. Kadang kala belum tertidur lagi dan mata belum terpejam sudah kena tindih jin. Azab ini membuatkan Puan Masri benci tidur kerana pastinya kelak beliau akan ditindih oleh syaitan.
Apakah yang menyebabkan Puan Masri diazab setiap kali tidur dengan ditindih syaitan?? Jawapan persoalan ini tidak lain tidak bukan kerana Puan Masri telah mengutip tangkal semenjak kecil lagi. Ingatlah bahawa setiap kali kita melakukan dosa ke atas Allah, Allah menganugerahkan syaitan yang menjadi pendamping kita sesuaiai dengan ayat surah Az Zukhruf: 36 
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Kemungkinan besarnya, syaitan yang dianugerahkan Allah melalui usaha menyimpan tangkal inilah yang menindih Puan Masri setiap kali beliau hendak tidur. Menyimpan tangkal sememangnya menjauhkan pelakunya dari rahmat Allah dan ini dinyatakan Nabi SAW melalui hadis berikut:
“Barangsiapa menggantungkan azimat (tangkal) maka Allah tidak menyempurnakan kehendaknya dan barangsiapa menggantung “wada’ah1” (sebagai tangkal), maka Allah tidak memberikan  perlindungan kepadanya”
                              (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Hakim dari Uqbah bin Amir)
Mungkin kita semua pernah mendengar cerita orang dipindahkan dari tempat tidur asalnya. Ini juga adalah satu bentuk azab Allah dan pastinya setiap azab Allah adalah kerana pelakunya melakukan dosa terhadap Allah SWT.
Satu ketika saya memberikan ceramah untuk pelajar baru di Fakulti Alam Bina UTM. Saya ada menyentuh persoalan kena tindih waktu tidur dan beberapa pelajar turut sama mengongsikan pengalaman mereka. Salah seorang pelajar yang kena pernah tindih waktu tidur adalah seorang pelajar lelaki. Beliau tidak bersetuju bila saya mengatakan bahawa beliau ada melakukan kesyirikan terhadap Allah kerana beliau tidak menyimpan sebarang tangkal. Setelah diselidiki, memang pelajar lelaki ini tidak menyimpan sebarang tangkal dan azimat namun mengapa pelajar ini diganggu syaitan waktu tidur dengan cara ditindih?? Jawapannya ialah kerana beliau takut hantu dan mempercayai bilik-bilik tertentu ada hantu yang boleh mengganggu manusia. Beliau sudah bersangka buruk terhadap Allah dan takut hantu juga adalah syirik kerana pelakunya sudah kurang mempercayai kehebatan dan kekuasaan Allah. Dengan itu pelajar lelaki ini layak menerima azab Allah kena tindih waktu tidur.


Perlu kita semua menerima hakikat bahawa kita mendiami bumi Allah ini bersama syaitan dan jin. Jin juga adalah makhluk Allah. Dalam bilik air dan tandas di rumah memang banyak syaitan dan jin dan itulah sebabnya Nabi mengajarkan umatnya agar berdoa dari gangguan syaitan jantan dan betina sewaktu kita semua memasuki tandas. Kita tidak boleh menghalau jin kerana itu memang antara tempat tinggal mereka namun apa yang diajarkan ialah kita berdoalah agar Allah melindungi kita dari gangguan syaitan jantan dan betina. Ingatlah bahawa ramai orang yang dirangsang nafsu seks mereka apabila sahaja mamasuki tandas / bilik air kerana tidak mendapat rahmat Allah dan diazab Allah menerima gangguan syaitan kerana tidak berdoa kepada Allah.   


Kembali kepada persoalan Puan Masri yang kena tindih waktu tidur, selepas beliau belajar asas tauhid, rububiah, uluhiyah, tangkal, azimat, berhala, syirik, bomoh dsbnya, alhamdulillah pelbagai tangkal, azimat dan air jampi telah diserahkan kepada saya. Adakah kesemua tangkal azimat Puan Masri tersebut diserahkan kesemuanya sekali dalam satu waktu? Jawapannya adalah tidak.


Saya ingin mengongsikan pengalaman saya berhadapan dengan pelbagai manusia yang menyimpan tangkal ini bahawa PROSES MENYERAHKAN SEMUA TANGKAL DALAM SIMPANAN ADALAH SUATU PROSES YANG BERAT YANG SANGAT DIBENCI OLEH SYAITAN. Syaitan akan menggunakan pelbagai usaha dan ilmu sihir mereka semoga tangkal ini akan kekal disimpan oleh mereka dan kalau pun diserahkan kepada saya sekadar serahkan sebahagian sahaja terutama sekali tangkal kuasa rendah dan jika boleh tangkal yang paling berkuasa terus disimpan sampai mati kerana inilah janji syaitan.


Dalam satu hadis Nabi saw berkata bahawa mengutip satu tangkal ibaratnya adalah seperti membebaskan  satu hamba abdi. Sememangnya nabi mempunyai kehebatan anugerah Allah kerana hadis yang disebutkan diatas ini memanglah sangat tepat sekali. Sebenarnya apabila manusia menyimpan tangkal, manusia ini telah menjadi kafir dan menjadi hamba abdi bodoh bertuankan syaitan. Apabila tangkal ini dibebaskan dari manusia ini, sebenarnya ia telah membebaskan dirinya dari terus menjadi hamba abdi bodoh bertuankan syaitan. Marah sungguhlah segala syaitan kerana hamba abdi bodoh mereka sudah bebas dan menjadi pandai dan semoga mereka ini menjadi manusia yang beriman. Namun syaitan tidak redha dan akan memulakan gendang perang memerangi orang yang ingin bebas dari tangkal ini. Itulah sebabnya Nabi mengibaratkan perang melawan syaitan dan tangkal azimat ini lebih besar berbanding perang jihad perang Badar.


Puan Masri memulakan peperangan memurnikan akidahnya dengan melawan syaitan dan membersihkan tangkal dari persekitarannya dengan menyerahkan beberapa tangkal kepada saya. Saya mengucapkan alhamdulillah dan menyuruh beliau bertaubat.
Selepas Puan Masri menyerahkan beberapa tangkal kepada saya, alhamdulillah Allah membukan pintu rahmat dan tidur malamnya aman dari gangguan syaitan. Namun harapan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Selepas kira-kira 3 – 4 minggu pengalaman ngeri lampau ditindih waktu tidur berulang semula. Datanglah Puan Masri menemui saya untuk menyambung pelajaran agama disamping mengadukan hal bahawa beliau sudah kena tindih semula. Saya pun berkata kepada puan Masri “Agaknya ada lagi tangkal azimat di rumah tu. Berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah SWT tunjukkan dimana tangkal dan azimat di rumah tu. Kalau dah jumpa, masukkan ke dalam beg plastik dan letakkan diluar rumah. Bila datang ke JB, bawa barang-barang tu semuanya.”


Selang beberapa minggu kemudian, Puan Masri datang lagi menambah pelajaran agama disamping membawa sebeban bekas plastik berisi tangkal pelbagai jenis. Beliau mengucapkan syukur kerana sekali lagi selepas menemui pelbagai tangkal azimat dan menyerahkan kepada saya, tidurnya kembali aman.


Beberapa minggu kemudian, Puan Masri datang lagi menyambung pelajaran. Sebelum pelajaran bermula, Masri mengadu bahawa tidur malamnya kena ganggu lagi kena tindih. Sebagaimana biasa saya menyuruh Masri berdoa, solat hajat agar Allah pertemukan segala tangkal azimat sehingga akhirnya rumah Masri bersih seratus peratus dari pelbagai tangkal. Pelajaran agama disambung dan pelbagai soalan dilontarkan Puan Masri dalam usaha memahami akidah murni dalam Islam.
Pusingan kena tindih dan tidak kena tindih waktu tidur puan Masri ini berlanjutan sehingga lebih dari 1 tahun. Ada pusingan yang agak lama hingga kira-kira sebulan lebih dan ada pusingan yang hanya kira-kira 2 minggu. Selepas jumpa beberapa tangkal, amanlah tidurnya buat seketika sebelum diganggu semula seperti sebelumnya. 


Apa yang ingin saya perjelaskan di sini ialah Allah sentiasa hebat dan cantik. Sekiranya belajar sekali sahaja, tidur malam Masri aman selamanya, pastinya kesemua tangkal dalam rumahnya tidak akan dapat dibersihkan. Satu perkara lagi ialah mengapa Allah merehatkan Puan Masri dari gangguan kena tindih untuk satu tempuh waktu tertentu? Mungkin antara sebabnya ialah Allah ingin menunjukkan kebesaranNya dan agar memaksa yang paling penting sekali agar Puan Masri terus belajar mendalami ilmunya dengan saya. Begitulah, Allah memang paling hebat dalam merancang dan melaksakana sesuatu. Berlanjutanlah sesi belajar agama Puan Masri dengan saya bertahun-tahun lamanya dan selepas segala tangkal azimat dapat dibersihkan dari rumah Puan Masri, alhamdulillah masalah gangguan kena tindih waktu tidur Puan Masri pun selesai.
Setelah beberapa tahun aman dari kena tindih waktu tidur, satu ketika Puan Masri menelefon saya memberitahu bahawa beliau kena tindih lagi. Setelah berbincang dan menyelidiki apa punca azab Allah ini, terbukti bahawa punca kena tindih kali ini ialah suami Puan Masri telah mula mengumpul tangkal semula.  


note-Ingtlah.. Setiap makhluk berkuasa ke ats makhluk lain adalah dengan izin Allah. Jd kita dekaktkn lh diri kita dengan maha pencipta kita. InsyaAllah kita akan selamat dunia akhirat. Hanya DIA yg berhak ke ats tiap2 makhluk dan ciptaan-Nya.. Subhanalah..

-afca- 1729 Isnin Julai 18.



2 orang bdk spray kt dinding aku:

Akue Achik 11 August 2011 at 19:37  

ya,pnh jgak kna tndih..tp pastu chnge mindset..bkn kna tndih tp sleep paralyze.. :D

Syed Hilmi Syed Yahya 12 August 2011 at 21:25  

nice information....=) like..!

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP