Wednesday 20 July 2011

Remaja adakan parti selepas belasah ibu bapa hingga mati


warning:dont try this at home

Mula2 aku ingatkan benda nie jadi kat Malaysia. Tapi aku hairan remaja nie xde perasaan kew. Kalau sejahat manapun ibubapa,diorg ttp ibubapa kita. Yang melahirkn,menjaga,membesar n memberi kita tempat perlindungn.. Tapi mamat miami nie siap bunuh lagi.. Fuh.! Ade je kes nie kat malaysia.. Biasanya kes yang melibatkan si anak tu penagih dadah. 

MIAMI: Seorang remaja berusia 17 tahun secara kejam dan tanpa belas ihsan membunuh ibu bapanya sebelum mengadakan parti, sedangkan mayat orang tuanya masih berada di dalam bilik tidur kediaman itu, kata polis, semalam.
Tyler Hadley dari Port St Lucie, Florida, didakwa membelasah ibunya, Mary Jo, seorang guru dan bapa, Blake hingga mati dengan tukul besi yang ditemui berhampiran mayat kedua-duanya.

Remaja itu dikatakan membunuh ibu bapanya sebelum menganjurkan parti untuk 40 hingga 60 tetamu malam Ahad lalu selepas menghantar undangan di laman Facebook.
Parti itu bermula kira-kira jam 9 malam dan berlanjutan hingga jam 3 pagi. Polis tiba di kediaman ala ladang itu keesokannya selepas mendapat maklumat. Menurut polis, Hadley kelihatan gugup dan cemas dan terdapat tin bir berserakan di luar kediamannya.

Pada awalnya, dia memberitahu polis ibu bapanya berada di luar bandar. Polis kemudian menemui mayat ibu dan bapa remaja berkenaan di dalam bilik tidur utama di mana pintunya berkunci. Motif pembunuhan itu belum dapat dipastikan tetapi seorang penduduk berkata, dia mendengar ibu bapa Hadley enggan membenarkan remaja itu mengadakan parti.


0 orang bdk spray kt dinding aku:

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP