Monday 22 August 2011

Gaddafi tumbang



TRIPOLI: TRIPOLI: Ketua pemberontak Libya, Mustafa Abdel Jalil semalam mengisytiharkan berakhirnya ‘era Gaddafi’ yang memerintah negara itu selama 40 tahun selepas tentera pemberontak menguasai hampir keseluruhan bandar raya ini.
‘Era Gaddafi sudah berakhir,” katanya pada sidang akhbar di Benghazi, timur Libya, merujuk kepada pemimpin veteran Libya, Muammad Gaddafi.

Mustafa berkata, beliau berharap, Gaddafi yang menghadapi waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan ditangkap supaya beliau boleh dibicarakan secara adil.

Mustafa megucapkan tahniah kepada rakyat Libya kerana ‘kemenangan bersejarah’ itu dan juga mengucapkan terima kasih kepada Nato kerana memberikan sokongan ketenteraan.

Beliau bagaimanapun berkata, kemenangan sebenarnya ialah apabila Gaddafi, 69, ditangkap.

Menurutnya, hampir keseluruhan Tripoli kini berada di bawah penguasaan pemberontak.


Laporan sebelum ini menyatakan Gaddafi bersembunyi selepas tentera pemberontak menyerang bandar raya itu dan berlaku pertempuran sengit di luar perkarangan istana Presiden.

Dalam pada itu, tiga anak Gaddafi dikatakan berada dalam tahanan pemberontak.

Dalam kenyataan awalnya, Mustafa Abdel Jalil memberitahu stesen televisyen al-Jazeera, mereka menahan Saif al-Islam dan Al-Saadi, dua anak Gaddafi.

Abang mereka, Muhammad, dilapor menyerah diri.

Menurut Mustafa “Saif kini ditahan dengan kawalan ketat sehingga dia didakwa kelak.” Sementara itu, bunyi tembak menembak terus kedengaran di seluruh ibu negara itu selepas penyokong setia Gaddafi yang terkepung melancarkan serangan balas.

Kereta kebal tentera kerajaan muncul dari kompleks istana yang dikenali sebagai Bab al-Aziziya dan mula melepaskan bedilan sejurus selepas subuh berikutan serangan pemberontak.

Penduduk berkata, tentera pemberontak cuba memanjat tembok perkarangan istana presiden tetapi ditembak oleh pengawal.

Pemimpin Libya itu masih menguasai kawasan Rixos di barat daya Tripoli dan tentera upahan masih berjuang untuknya.

Anak bongsunya, Khamis al-Gaddafi dipercayai mengetuai serangan balas.

Kira-kira 1,300 orang dikatakan terbunuh dalam pertempuran terbaru di Tripoli itu.

Jurucakap pemberontak, Nouri Echtiwi berkata: “Keadaan tenteram selama empat jam menyusuli sambutan besar-besaran penyokong pemberontak di jalan raya.

“Kemudian kereta kebal dan pikap yang dilengkapi mesingan keluar dari Bab al-Aziziya, kubu kuat terakhir Gaddafi dan mula membedil Jalan Assarin dan kawasan al-Khalifa.

“Mereka membedil secara rambang pada semua arah setiap kali mendengar bunyi tembakan.” Ketika rejimnya kelihatan di ambang keruntuhan, televisyen swasta Libya melaporkan pemimpin Libya itu sudah ‘melarikan diri seperti seorang pengecut.’ - Agensi

SUMBER : HARIAN METRO SELASA

0 orang bdk spray kt dinding aku:

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP