'Insaflah pak cik'
KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang mengalami masalah kesihatan, termasuk darah tinggi, bernasib baik tidak menghabiskan bulan Ramadan ini di penjara apabila dibenarkan diikat jamin selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, 27 Julai lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal L Saleh, membenarkan tertuduh, Mat Amin Hussin yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan, diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selepas mengambil kira faktor usia tertuduh.
Dalam prosiding semalam, Zainal berkata, tertuduh dan ahli keluarga serta rakannya tidak dibenarkan menghampiri atau mengganggu mangsa.
“Dalam kebanyakan kes rogol, saya jarang membenarkan orang yang kena tuduh dikenakan jaminan, namun mengambil kira kepada fakta usia, saya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 15 September depan.
“(Bagaimanapun), jika ada sebarang gangguan terhadap mangsa yang tinggal sekampung dengan tertuduh, jaminan itu akan dibatalkan serta-merta dan tertuduh akan ditempatkan di penjara sehingga kes ini selesai,” katanya.
Zainal berkata, sepatutnya dalam usia lanjut, tertuduh perlu sentiasa menginsafi diri dengan banyak melakukan kerja amal, bukan masih terbabit kesalahan seperti itu.
“Sepatutnya pada peringkat usia pak cik, harus sentiasa berada di surau atau di masjid, tidak sesuai berada dalam kandang orang salah seperti hari ini (semalam),” katanya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, pada kira-kira jam 2 petang 22 Julai lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Beris Gajah Mati, Tawang, Bachok, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
sumber : harian metro
p/s ; penulis jua nk nasihtkn atok2 dan nenek2 yg kt "kilauan emas" tu pun insaf2lh jgk.. "rumah kata pergi,kubur kata mari dh tu"
5 orang bdk spray kt dinding aku:
75 thn?! insaflahh
Astaghfirullahalazim! Bulan puasa ni tak ada syaitan tapi kalau dah nafsu menguasai diri dah tak boleh nk kata apa lah kan.
bapak ah pk cik 2...xmonopause ag nafsu die...kecian bdk pempuan 2.....dh la die 2 dh byk pnyakit tp xinsaf pn ag...nmpk benor iman die goyah :}
x padan dgn tua kan org tua nie
=X saya sangat HOT TEMPER bila ada org camgini..lagi2 kalau mangsanya kanak2..rasa nak kill2 die2 jer org cam gini..lagi bulan pose.. takper..Allah bagi balasan/azab yg setimpal untuk org gini dunia n akhirat.
Post a Comment