Tanah runtuh: Lapan jam keluarkan mangsa
Pengarah Bomba Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata operasi bermula jam 6.15 petang dan ditamatkan pada jam 2.15 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui kira-kira jam 1.20 pagi.Katanya, operasi membabitkan 248 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Smart dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands.
Kejadian itu mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi cedera parah.
Mangsa yang maut ialah Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk bedah siasat.
Sementara itu, dua mangsa yang cedera iaitu Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut. - BERNAMA
0 orang bdk spray kt dinding aku:
Post a Comment