Saturday 11 August 2012

Budak Samakan Allah dgn Khinzir!!

Seorang budak menyamakan Allah dengan seekor babi. Xnk ckp bnyak....korg tgok sndiri komen beliau,

p/s:budak sial tu da delete da.. yg de just komen org mrh2 je... try la bukak page WUJUD..psl naga tahyul

Thursday 19 July 2012

Ramdhan Post : Angry Bird dan Islam


Angry Birds Apa yang best sangat game ni? Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka.

Sedar tak kita…

game 
Angry Birds….
..dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah


1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban; menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri.

Tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! Yang putih pula? Sanggup mengorbankan anaknya!

Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang; menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. Segala-galanya untuk mencapai satu matlamat; menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya… terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas.

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga…” (At-Taubah 9:110)



2) Amal Jamaie

Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.


3) Tanzim (organisasi)

Yang tersusun tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?

Tidak. Diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza. Setiap burung mempunyai isti’ab (penguasaan) yang berbeza. Jadi diorang susun, sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu.

Kenapa? Sebab Saidina Ali mengatakan:

“Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”



4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?

Diorang susun dengan menilai, bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu? Maka setiap orang yang mempunyai isti’ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya.

Yang reti potong kayu pergi serang kayu
Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu

Dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka, untuk detect, apakah kelemahan musuh kita, dan dengan segala kekuatan serta isti’ab jundi (tentera) yang berbeza-beza.

Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam?

“eh silap”

Untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat.



5) Taat

Dan sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang, adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas, dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan.

Pasti tidak ada orang yang nak main, dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh, jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.



6) Ukhuwah

Lastly, kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat, itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang, mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya, mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka.

Kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara, seperti mana kita umat Islam bersaudara.

Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya. Dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita, daripada musuh yang nampak di dunia, dan juga musuh yang tidak nampak, yang menarik kita ke api neraka.

Kenapa? Sebab kita menyayangi saudara kita, sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang. Kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam, tidak akan wujud game Angry Birds, jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka.

Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam, jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat” (An-Nasr 110:1-3)

Sedarlah. Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.

Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds.

Tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat, iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih, kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza, dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang.. -Find out by yourself-

                                          ~~ Selamat Menyambut Ramadhan~~


Friday 13 July 2012

Kalau la rezeki datang bergolek- Samsung Galaxy S3


Samsung Galaxy S3 UPDATE:

Aku mls nk translate,so korg2 pndai2lh bce sndiri ek..hahahaha
According to sources, the specs of the Samsung Galaxy S III have been leaked on the Web.
And looking at the specifications, it clearly appears that this is perhaps one of the best Android smartphones that the world is going to see.
Here are the most important specs of the Samsung Galaxy S3 that we have managed to obtain from different sources:

  • A 4.8-inch full HD 1080P resolution with 16:9 aspect ratio.
  • It will be powered by a 1.5GHz quad-core Samsung Exynos processor.
  • Features a front facing 2 MP camera for video calling and an 8 MP rear camera.
  • Supports 4G LTE connectivity.
  • Runs on Android 4.0 Ice Cream Sandwich.
  • Sources indicate that the smartphone will have a brand new ceramic case.
The mind blowing Android smartphone Samsung Galaxy S 2 was given worldwide release dates starting from May 2011, by more than 140 vendors in some 120 countries.
Since then, the smartphone has got tremendous success and reached sky high demand rate. The dual core processor phone managed to receive pre-orders for 3 million Galaxy S2 units globally.
After having this huge success, it is rumored that Samsung has been busy working on the next version of the smartphone Samsung Galaxy S3. It is expected that the device will feature a Samsung Exynos 4212 processor clocked at 1.8GHz and an ARM Cortex A9 chip, which will offer a 25% performance boost and a 30% reduction in power consumption.
You can find plenty of rumors across the Internet about Samsung Galaxy S3, and the expectations of its fans are quite high. J.K. Shin, president of Samsung’s mobile communications division has confirmed the release of the next generation of the Galaxy smartphone will follow-up sometime in 2012. It is also expected that the Galaxy S3 will most probably be powered by Google’s latest OS – Android Ice Cream Sandwich. Rumors indicate that Samsung may unveil Galaxy S3 at a similar time to the iPhone 5, which is in mid-2012.

Samsung Galaxy S3 Features

Although the smartphone is yet to be officially announced, this post features about the expected hardware and software specifications in the Samsung Galaxy S3. The post is purely based on rumors and we are not sure whether the phone will sport these features.

Samsung’s upcoming Galaxy S3 smartphone, also known as the “iPhone killer”, is expected to include a quad-core processor. As I mentioned, the Samsung Galaxy S3 is believed to have a Samsung Exynos 4212 processor clocked at 1.8GHz. This processor is a 32nm chip with 50 percent greater graphics performance and 30 percent less power consumption than its previous chip, the Exynos 4410 which featured in the Samsung Galaxy S2. It is also claimed to be 5 times faster than its Mali-400 MP chip of its predecessor.
The Samsung Galaxy S3 will have multi-tasking feature, which will allow you to efficiently run multiple applications simultaneously. To enable easy multi-tasking process and playing games, it is rumored that the smartphone will come with 2GB RAM. It is likely to be the first smart phone to boast 2GB of RAM, and will come with a generous 32GB of storage.

Design and Display

Samsung Galaxy S3One thing that many users on the Internet that talk about Samsung Galaxy phones is its display. The Samsung Galaxy S3 will sport a giant 4.6 inch screen, slightly bigger than its predecessor Galaxy S2, which has 4.3 inch screen. This would account to a 1280×720 screen resolution of the Galaxy S3. It is known that Samsung accidentally leaked that it would release the phone with the new flexible glass specifically – FOLED technology.
A creative design company based in Ukrainian drafted a concept design of the Samsung Galaxy S3, showing that the upcoming smartphone will be similar to Galaxy S2 in terms of looks and design. However, it is known that the home button has been replaced with a Samsung logo and slimmed down to make space for the larger screen.

Camera in the Samsung Galaxy S3

The Samsung Galaxy S3 is likely to sport a 12 megapixels rear camera, while the current GS2 boasts a 8 megapixels. It will have a 1/2.3-inch sensor, which is much bigger than the 1/3.2 inch CMOS chip found in several smartphone, including the Apple iPhone 4S.
Samsung Galaxy 3
However, some rumors indicate that Samsung is planning to launch the smartphone with a 16 megapixels camera. There are several smartphone that already have a 12 megapixels camera, including some Nokia phones. But if the rumor about GS3 featuring a 16 megapixels camera turns out true, then it would be a major successful stroke for Samsung.

Latest Android OS

Android Ice Cream Sanwich
Yes, the smartphone is expected to have the latest release of the Android OS – Ice Cream Sandwich, which has the following new features included:
- Face Unlock, a feature that allows users to unlock handsets using facial recognition software
- Better voice integration and continuous, real-time speech to text dictation
- Virtual buttons in the UI, in place of capacitive or physical buttons
- New tabbed web browser, allowing up to 16 tabs
- Ability to shut down apps that are using data in the background
- Improved error correction on the keyboard

Samsung Galaxy S3 Specifications (Rumored)

Galaxy S3 (Rumors)

  • 4.6-inch Super AMOLED Plus screen at 1,280×720-pixel resolution
  • 1.8GHz chip with 2GB RAM for zippy multitasking and games
  • Android 4.0 Ice Cream Sandwich with a refreshed TouchWiz skin
  • 12 megapixels camera
  • Styled like the Galaxy Nexus
  • A flexible OLED screen
  • TouchWiz mini apps
  • Ultra-high ISO photography enabled
  • May include an upgrade of the Galaxy S2 with a twelve megapixel camera
  • Physical buttons for Home as well as Back and Settings on the front may be removed to allow for virtual buttons on the screen
  • A super bright 4.5 inch screen



Monday 9 April 2012

Untukmu wahai bakal isteriku......


Untuk Bakal Isteriku..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “kau tercipta untukku..“

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.
Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu.

Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana harta dan perwatakanku.
Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.
Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.
Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.

Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..“
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.
Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.
Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

“Kahwinilah isteri kerana empat perkara: Keturunan, Harta, Rupa dan Agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”

Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.
Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

“Wahai saudari seakidahku,  carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam..”



**********************************************************************

Nor Syafiqah Jamaluddin,dengarkanlah doa ini..




"Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… 
Satukanlah hatinya dengan hatiku… 
Titipkanlah kebahagian antara kami…. 
agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… 
ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…"


"Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… 
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… 
Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… 
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… 
Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…."


Amiin..


~4 the rest of my life...i'll be wif u 4ever~ :)

Wednesday 1 February 2012

Lelaki buang air berpaut tong 17 jam

MUAR:Saya berada dalam tandas di bahagian belakang bot sebelum terjatuh ke dalam laut,” kata Beni Kassim, 25, nelayan Indonesia yang terpaksa berpaut pada tong air hampir 17 jam selepas terjatuh dalam laut apabila bot dinaikinya dilanda ombak besar di perairan antarabangsa kira-kira 12 batu nautika dari Sungai Sarang Buaya, Parit Jawa di sini, Isnin lalu.
Beni diselamatkan nelayan tempatan yang melalui kawasan berkenaan pada jam 3 pagi kelmarin, sebelum dibawa ke jeti nelayan Sungai Sarang Buaya.


Menurut Beni yang ditemui di jeti berkenaan, dalam kejadian jam 10 pagi itu, dia menjerit meminta tolong selepas terjatuh dalam laut, tetapi tidak didengari empat rakan di atas bot.
Beni yang berasal dari Kampung Baru, Tanjung Balai, keluar bersama empat rakan untuk menangkap ikan berhampiran perairan berkenaan pada jam 5 petang, Ahad lalu.


“Ketika berada di perairan berkenaan keesokan harinya, saya terasa hendak ke tandas dan membawa bersama tong air ke bahagian belakang bot.


“Ketika dalam tandas, ombak melanda dan saya terjatuh ke dalam laut bersama tong air lalu berpaut pada tong berkenaan dan menjerit namun ia tidak didengari,” katanya.
Menurut Beni, dia berpaut pada tong berkenaan semalaman dan dalam kesejukan, berharap ada nelayan menemuinya.


“Syukur doa saya dimakbulkan dan jeritan saya didengari nelayan yang melalui perairan itu,” katanya.
Nelayan yang menyelamatkan Beni, Marhasan Maion, 60, berkata dia dan seorang lagi rakan keluar menangkap ikan Isnin lalu dan dalam perjalanan pulang apabila terdengar jeritan Beni.


“Kami memasang lampu dan mendapati seorang lelaki terapung berpaut pada tong. Keadaannya sangat lemah dan dia hanya berseluar dalam.


“Kami membawanya ke atas bot serta memberinya makan sebelum membawa Beni ke jeti dan membuat laporan polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan mangsa dihantar menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) sebelum menunggu urusan seterusnya dengan Kedutaan Indonesia.


Note Tercicir : Awas,jgn kencing merata2..hahahaha

Tuesday 31 January 2012

~~Jom bce Kisah Seram Korea~~(version REal) 21SG


JUST SHARING..
INI INTRO DIA..
CERITA SERAM KOREA..

:)

KLIK SINI BACA SAMPAI HABIS..

AMARAN: Sila bca perlahan2 bg mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini


KLIK DISNI  




note tercicir : sapo2 hok ado lemoh jatung,gaut..boleh kelik..

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP