Wednesday 31 August 2011

Bekas anggota polis, tentera Sarawak tidak senang hati dengan kenyataan Mat Sabu

BH Online


KUCHING: Pihak polis dan tentera di Sarawak, terutamanya bekas anggota keselamatan yang menentang pengganas komunis, berasa marah dan tidak senang hati dengan dakwaan keterlaluan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu baru-baru ini, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 

Sebagai seorang bekas polis, Wan Junaidi berkata beliau pernah berkhidmat dalam hutan untuk menentang pengganas komunis pada 1969 hingga 1973 serta membantu penubuhan ibu pejabat Rascom di Sibu.

"Jadi saya dapati bahawa politik Mat Sabu (Mohamad) menjadi satu politik keterlaluan untuk menarik perhatian kepada beliau sendiri dan parti beliau... mungkin dalam keadaan nak menang pilihan raya umum nanti," kata Wan Junaidi, yang juga Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sarawak ketika ditemui semasa rumah terbuka Hari Raya anjurannya di sini, hari ini.
Beliau berkata, dakwaan Timbalan Presiden PAS bahawa pengganas komunis itu hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara amat bahaya. - BERNAMA


SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

note tercicir : sbnrnya knytaan yg dikeluarkan Utusan berkenaan ucpan itu salah. Tp bg aku dua2 salah..huhuh



0 orang bdk spray kt dinding aku:

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP