Friday, 12 August 2011

Adakah terdapat Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto?.




Salam semua, korang pernah tengok anime Naruto tak?. Cerita tentang seorang remaja ninja yang ada kuasa musang ekor 9 tu. Takkan tak pernah tengok, menipu la. hahaha. Best la. Tak rugi kalau tak tengok lagipun setiap ending dalam episod Naruto tu selalu membuatkan aku tertanya-tanya ape yang berlaku seterusnya. Kan menarik tu?.

Tapi baru-baru ni, aku terdengar dari salah seorang melalui Facebook menyatakan bahawa anime Narutoni mempunyai Mesej & Unsur Illuminati. Wei, biar betul? Biasalah orang kita ni, cakap je pasal isu illuminati dan agenda yahudi mesti ade yang cepat melatah. Terus nak sebarkannya, tapi hakikatnya benda tu hanyalah konspirasi dan rekaan semata-mata tanpa menyelidik dahulu kebenarannya. Di sini aku nak berkongsi satu nota dari Facebook yang menyatakan tentang unsur illuminati Dalam Anime Naruto.

Apa itu illuminati?.. sape2 yang belum tau lagi..boleh refer kat SINI

Mesej & Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto
Kenalkah kamu seseorang yang bernama Masashi Kishimoto?. Mungkin ramai yang tak mengenalinya, dia adalah seorang mangaka komik yang berjudul NARUTO dan juga siri yang sudah dianimasikan serta ditayangkan di stesen TV di seluruh dunia pada hari ini. Saya adalah salah satu peminat cerita mangaNARUTO ini, kerana keberkesanan pelukisnya mengolah cerita yang agak kompleks dan menarik ini.

Pelukis ini memang genius dengan meyelitkan pengaruh agama dan budaya sesuatu masyarakat di dalam komiknya itulah gaya pemikirannya, sedang membaca episod manga naruto yang lepas lepas saya terperasan satu watak yang bernama ‘TOBI’ yang amat mirip dengan DAJJAL/ANTICRIST dan ada unsur-unsur illuminati dalam cerita ni. OK, senang cerita saya ringkaskan satu-persatu supaya senang difahami.

Pekara yang perlu anda tahu dalam NARUTO:


1) ORGANISASI AKATSUKI = Antagonis utama cerita ni, AKATSUKI yang bermaksud ‘SENJA MERAH’ ini dianggotai oleh beberapa ninja yang telah mengkhianat atau membelot negara sendiri demi kepentingan dirinya dan bergerak secara sulit dn tertutup.


2) TOBI = TOBI atau UCHIHA MADARA (nama sebenar) adalah pengasas sebuah puak yang bernamaUCHIHA dan juga menubuhkan organisasi AKATSUKI ini, seorang ninja yang telah hidup dari zaman dahulu lagi dalam cerita komik ni dan dikatakan sebagai kehidupan kekal abadi. Dia juga buta pada mata kirinya dan DALANG di balik semua KEBURUKAN dengan memanipulasikan fikiran, pembohongan serta fitnahnya amat luar biasa dan orang yang membuka peperangan Dunia NINJA yang baru.

Mari saya tunjukan lagi unsur-unsur illuminati. Jika anda menganggap ini hanya kebetulan, cuba perhatikan dialog yang dikatakan oleh tobi atau MADARA ini dalam ‘MOON EYES PLAN’:


3) JUUBI (binatang raksaksa) adalah raksaksa bermata satu yang ingin dibangkitkan oleh MADARA yang kebetulan juga bermata satu.


Bentuk asal mata JUBBI. Setelah saya SAMBUNGKAN menjadi simbol:


ADAKAH IANYA KEBETULAN atau ada MESEJ yang ingin disampaikan oleh pelukis ini?

Pain atau nama sebanarnya Nagato adalah ketua AKATSUKI, mempunyai MATA DEWA (Rinnegan)dalam agama Buddha dan mesir, mampu menghidupkan orang yang telah mati dan mencipta sesuatu mengikut kehendaknya. Dihasut oleh MADARA.

4) MATA DEWA (Rinnengan)


Ini pula adalah simbol ILLUMINATI: SAMA? ya SAMA.

PAIN yang sama dengan “Horus” The One-Eyed Sun God (TUHAN MATAHARI “RA” sebutan mesirnya).

5) UCHIHA SASUKE adalah WATAK kedua dalam cerita ni. Menjadi jahat akibat hasutan licik MADARA. Mari tengok.


Mata dia, LOGO HEXAGRAM SATANISM.

ADAKAH INI JUGA KEBETULAN??
Mungkin Masashi Kishimoto ingin kita mengetahui maksud dari MESEJ yang ingin disampaikan, iaitu bahawa kesemuanya itu berkaitan dengan apa yang terjadi dalam dunia REALITI kita sekarang. Watak-watak ANTAGONIS dan tiap-tiap simbol itu ada mengandung maknanya sendiri. Sesiapa yang mengikuti siri komik ini dari mula hingga sekarang pasti terasa persamaan antara watak MADARA yang mirip akan ciri-ciri tentang DAJJAL, PAIN yang mirip akan Horus (DEWA MATAHARI), dan Sasuke yang makin gelap hatinya dan menuju jalan kejahatan dan kesyaitanan.

Pelukis mungkin terbaca akan kisah-kisah ini dan saya amat mengagumi kecerdikan dan idea yang dia selitkan, dia juga tidak lupa menyampaikan MESEJ bahawa Kebenaran akan selalu menang melawan Kejahatan. Ianya sama sahaja seperti kisah Al-Masih Dajjal yang akan dikalahkan oleh Nabi Isa a.s yang dibantu oleh Imam Mahdi di akhir zaman nanti, kan?

Apa pendapat korang? Haha, Perlu ke kita kaitkan semua ini dengan unsur illuminati atau sebaliknya. Seperti mana yang kita tahu, yahudi memang sentiasa merancang untuk melemahkan, menjatuhkan umat islam dari dulu hinggalah sekarang. Tapi, adakah cerita naruto ini benar-benar berkaitan dengan unsur berikut atau hanya rekaan semata-mata ataupun secara kebetulan je terjadi sedemikian.

sumber asl : http://xlawsknowledges.blogspot.com/2011/04/mesej-dan-unsur-illuminati-dalam-cerita.html

Nasihat aku la, sebelum kita menyebarkan atau menerima sesuatu seperti notes, video, gambar dan sebagainya atau share apa-apa kat Facebook. Jangan la mudah percaya bulat-bulat benda tu, tengok dulu macam mana, dapat diterima dek akal atau tak, selidik dahulu kebenarannya sebelum menyebarkannya ya.


note tercicir : sebenarnya.........blogger blog ini merupakan salah seorg peminat setia citer animasi Naruto ni..huhuhu... waaaaaaaaaaaaa..cmne boleh x perasan.. :((

6 orang bdk spray kt dinding aku:

sihitam 13 August 2011 at 01:22  

adoi, sihitam pon minat giler kat naruto....ermmm

Ayie 13 August 2011 at 01:42  

afca mnt giler2..hahaaa.. manga latest x kuar mnggu nie pn rse x leh duk diam dh..hahahaa

~mcZura~ 13 August 2011 at 02:28  

hahhahah..yeay3x..pdn muke ayie...tu la...promote sgt naruto awk tu kt sy..:)

Ayie 13 August 2011 at 15:23  

zura,x baek awk ckp gtu..huhu.. taw x btpa dlmnya cinta dan ksih sya kt naruto..huhuu

miss lyzeer 13 August 2011 at 20:36  

huhu..ala,kenapa bole ada benda cam gini.

Miss suka naruto sebab jalan cerita and ketabahan naruto dalam menjalani liku2 hidup dan semangat dia nk jd hokage..

Ayie 13 August 2011 at 20:56  

miss,sme lh dgn ayie..huhu.. actually bnyak jew moral value lam cter nie...bnyk sngt2... d smping sad story psl fmily...hhuuhu.. trus trg ayie ckp,bnyk kali gk nitis air mata..hahahaa.. kalah drma..

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP