Thursday 11 August 2011

Kekacauan kian merebak di brimingham,London

Harian Metro


AMBIL KESEMPATAN...penjarah bertopeng melarikan kotak berisi barangan elektrik mahal dari sebuah kedai di tengah Birmingham.
AMBIL KESEMPATAN...penjarah bertopeng melarikan kotak berisi barangan elektrik mahal dari sebuah kedai di tengah Birmingham.
DIMAKAN API...butik Miss Selfridge yang terletak di Jalan Pasar musnah terbakar.
DIMAKAN API...butik Miss Selfridge yang terletak di Jalan Pasar musnah terbakar.
LONDON: Rusuhan terburuk dalam sejarah Britain sejak beberapa generasi, kini merebak ke bandar lain semalam, sementara tiga lagi terbunuh ketika mempertahankan komuniti mereka.
Walaupun London kini tenang ekoran penempatan lebih ramai polis di jalan bandar raya itu, perusuh menyerbu tengah Manchester dengan membakar serta merompak kedai di situ.

Polis menganggap insiden terbaru ini sebagai “keganasan paling ekstrem melanda Britain dalam tempoh 30 tahun.” Penjarah turut menyebabkan kekacauan di beberapa bandar di sekitar Midlands, termasuk Birmingham yang menjadi lokasi tiga pemuda Islam Asia terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta.

Laporan mendakwa, mangsa baru saja meninggalkan masjid dan melindungi komuniti mereka ketika kejadian berlaku.

Kira-kira 200 orang keturunan Asia dari Birmingham berkumpul di luar hospital yang menempatkan mayat berkenaan.

Namun, di London, tiada keganasan terbaru dilaporkan selepas bandar raya itu kacau-bilau pada malam Isnin lalu.


Polis menahan lebih 1,100 orang di seluruh negara kerana terbabit dalam keganasan, kekacauan dan mencuri sejak rusuhan tercetus pada Sabtu di Tottenham, utara London.

Perdana Menteri, David Cameron, berikrar untuk “melakukan apa saja yang perlu bagi memulihkan keadaan di jalanan” tetapi kebanyakan kedai di London masih ditutup awal atas nasihat polis.

Datuk Bandar London, Boris Johnson, menggesa kerajaan mempertimbangkan semula cadangan mengurangkan jumlah polis sebagai sebahagian daripada langkah berjimat-cermat dan mengurangkan defisit bajet negara.

Ketika Kerajaan menyalahkan penjenayah mengambil kesempatan atas kekacauan itu, pembangkang berkata, pemotongan belanjawan untuk perkhidmatan sosial dan kegagalan pihak berkuasa menangani masalah sosial menyumbang kepada rusuhan berkenaan.

Sesetengah daripada kawasan paling mundur di Britain menjadi lokasi rusuhan dengan kira-kira 200 orang menyerang polis dengan pelbagai objek di Toxteth, barat laut Liverpool.

Daerah itu pernah berlaku rusuhan besar-besaran pada 1981.

Di lokasi lain, perusuh membakar bangunan di West Bromwich dan Wolverhampton, manakala sebuah balai polis berhampiran Nottingham dilontar bom api. Kekacauan turut dilaporkan berlaku di bandar Gloucester. - AFP

sumber-harian metro

3 orang bdk spray kt dinding aku:

Akue Achik 11 August 2011 at 19:33  

ada budak Msia trcedera psal riot ni..huhuu..

Unknown 11 August 2011 at 19:35  
This comment has been removed by the author.
abah khalisha 11 August 2011 at 20:29  

makin teruk ye london..mesti bebudak malaysia tkt nk belajr

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP