Wednesday 17 August 2011

53 makanan bazar Ramadan tercemar

Harian Metro


KUALA LUMPUR: Hasil kajian Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas 278 sampel makanan yang diambil daripada Operasi Bersepadu Bazar Ramadan bermula awal Ramadan lalu mendapati 19 peratus daripadanya tercemar dengan bakteria.
Pengarah Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata 53 daripada 278 sampel itu didapati mempunyai bakteria coliform dan e-coli yang dipercayai berpunca daripada pengendalian makanan yang salah.

Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mementingkan kebersihan dengan mengeluarkan kompaun supaya mereka sedar kesalahan yang dilakukan.

“Antara makanan yang banyak didapati tercemar ialah kuih yang menggunakan kelapa, nasi lemak, air jagung, tembikai dan soya. “Kami akan keluarkan kompaun kepada peniaga selepas mendapati makanan atau minuman mereka mempunyai bakteria mengikut Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan 1987 yang boleh dikompaun RM500,” katanya yang ditemui selepas operasi di Cheras, semalam.

Dr Sallehudin berkata, untuk operasi semalam 60 sampel diambil untuk kajian dan tindakan susulan akan diambil sekiranya didapati wujudnya bakteria pada makanan atau minuman berkenaan.

Katanya, Jabatan Kesihatan DBKL sudah menjalankan operasi ke atas 2,279 gerai di 47 bazar dan akan meneruskannya ke 33 bazar sebelum 25 Ramadan ini.


“Hari ini (semalam) kami sudah keluarkan tiga kompaun kepada peniaga atas kesalahan kecil seperti penggunaan pakaian tidak sesuai, menggunakan telur yang tidak dibasuh dan makanan tidak ditutup.

“Untuk kesalahan kecil ini, kami keluarkan 20 kompaun keseluruhan bagi menyedarkan peniaga. Walaupun kompaun ini RM50, namun sedikit sebanyak akan menyedarkan peniaga ini,” katanya.

sumber ; harian metro khamis

0 orang bdk spray kt dinding aku:

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP