Sunday 14 August 2011

Tumbuk, cekik isteri depan anak


Harian Metro

SERDANG: Seorang isteri ditampar, ditumbuk dan dicekik di hadapan anak-anaknya hanya kerana meminta tolong suaminya membawakan payung untuknya masuk ke rumah ketika hujan lebat, di rumah mereka, di Bandar Putra Permai, di sini, kelmarin.
Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 34 tahun baru pulang dari kelas menjahit ketika hujan lebat dan menelefon dari dalam kereta meminta suaminya membawakan payung.

“Suaminya tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya hanya mengintai dari tingkap rumah sebelum menyuruh anak mereka berusia 10 tahun keluar memberikan payung kepada mangsa.

“Sebaik masuk ke rumah, mangsa mempersoalkan tindakan suaminya tidak mengendahkan permintaannya dan tindakannya itu menimbulkan kemarahan suspek yang tiba-tiba menamparnya beberapa kali,” katanya.

Sumber berkata, mangsa cuba mempertahankan diri dengan membalas balik pukulan suspek, namun, menyedari perlakuannya diperhatikan anak-anak mereka, suspek menarik mangsa masuk ke dalam bilik mereka.

Menurutnya, suspek menolak mangsa ke atas sofa dan menumbuknya bertubi-tubi sebelum mencekik mangsa dan perbuatannya itu hanya dihentikan selepas anak mereka berusia empat tahun menangis dan memeluk kaki lelaki terbabit.


“Suspek menolak anaknya itu sehingga jatuh ke lantai sebelum meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Serdang, semalam dan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.


 sumber : harian metro Isnin


note tercicir : lelaki yang memukul isteri tanpa sebab2 yang munasabah dan yang boleh menyebabkan kecederann yang parah adalah salah di sisi Agama. Si isteri juga mesti ingat,syurga itu di bawah tapak kaki suami. Jangan sesekali meninggi suara di hadapan suami :)

0 orang bdk spray kt dinding aku:

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP