Monday 15 August 2011



Tak sangka pertemuan di lokasi lakonan sekitar 6 bulan lepas membuatkan kami berdua semakin hari semakin rapat,” kata Mamat, ahli kumpulan lawak Sepah, yang memenangi gelaran Maharaja Lawak tempoh hari.
“Dalam tempoh mengenali satu sama lain ini, saya & Fida tak berani lagi nak mengaku bercinta. Kami lebih selesa mengatakan hubungan kami erat, memang baik. Bukan apa, kami risau juga kalau terjadi apa-apa, kan. 
Andai kata ditakdirkan, insyallah jodoh kami tidak ke mana,” jelas Mamat mengenai status hubungannya bersama Rafidah Ibrahim, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.


Mamat juga berkongsikan pandangannya mengenai sebuah siri prank show yang pernah dilakonkan oleh Fida untuk sebuah televisyen swasta, yang ditayangkan sekitar awal bulan Julai lepas.
“Seorang kawan menghubungi saya mengenai kisah sedih Fida yang dipaparkan dalam prank show tu. Kawan saya kata, “Hati-hati dengan Fida, mungkin dia ada seseorang.” Bayangkan, ketika itu saya tengah shooting nak terjun dalam laut. Terasa sesuatu juga sebab tak tahu cerita, kan?”


“Kemudian saya kata pada kawan, “Nanti aku confim-kan balik dengan Fida”. Saya terus terjun dalam laut, dan terfikir, “andai kata betul Fida ada seseorang, tuhan akan balas juga”, kata Mamat dalam nada spontan melawak bersama OHBULAN! di rakaman Melodi Raya 2011, PWTC, malam tadi.
Mamat memaklumkan kepada OHBULAN! bahawa dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya apabila tiba masanya kelak.
“Kami berdua masih belum menemui keluarga kedua-dua belah pihak dan saya memang bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarga saya nanti. Insyallah, kalau masing-masing tak sibuk, kami akan berjumpa juga,” jelas Mamat yang tampak berseri-seri wajahnya.


note tercicir : Kalau dah bercinta, baik terus kahwin la. Kan syok cinta lepas kahwin. Hehehe

3 orang bdk spray kt dinding aku:

Akue Achik 15 August 2011 at 00:52  

nak tahu psal jeff jga..paling mnat die kot..ehee

Unknown 15 August 2011 at 00:56  

hehe..jeff je xde... xpun kalau ade dia x publish lg aweks dye kt public..hahaa..
sya plg mnt jeff sbb dia plg lawak..huhuhu

Anonymous 15 August 2011 at 01:43  

huhuhu...kahwin ler cpt lgi bagus...

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP