Wednesday 24 August 2011

Lega dengar suara

SEBAK...Siti Hamdah bersama cucunya melihat keratan akhbar mengenai Nazaruddin.
SEBAK...Siti Hamdah bersama cucunya melihat keratan akhbar mengenai Nazaruddin.



SUNGAI BULOH: “Walaupun risau dengan ugutan penculik yang mahu menyembelih anak, tetapi saya bersyukur kerana dia masih selamat selepas dapat mendengar suaranya minggu lalu,” kata Siti Hamdah Ahmad, 59, ibu kepada Mohd Nazaruddin Saidin, 38, yang diculik dan berada di selatan Filipina sejak 8 Mei lalu.
Menurutnya, walaupun tidak mendengar suara anak sulungnya dengan jelas tetapi panggilan telefon yang diterima itu sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran di hatinya.

Siti Hamdah berkata, menerusi panggilan telefon itu kira-kira tiga minggu lalu penculik terbabit mengugut mahu menyembelih Mohd Nazaruddin selepas gagal mendapatkan wang tebusan sebanyak RM5.6 juta.

“Sekurang-kurangnya saya tahu dia masih hidup walaupun ditahan kumpulan penculik itu. Saya harap dia dapat pulang dengan selamat dan dapat berjumpa kembali dengannya. “Dia seorang anak yang bertanggungjawab apabila setiap kali tibanya raya, dia akan sibuk membantu menyediakan keperluan raya,” katanya yang sayu kerana tidak dapat beraya bersama anaknya itu tahun ini, ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, raya tahun ini tiada makna baginya dan keluarga kerana terlalu risaukan keselamatan anaknya itu. Malah, dia berterima kasih kepada ramai pihak yang sedang berusaha untuk membebaskan anaknya itu.

Pada 15 Mei lalu, akhbar melaporkan kumpulan penculik menuntut wang tebusan 80 juta Peso (RM5.6 juta) bagi membebaskan Mohd Nazarudin yang disampaikan kepada isterinya menerusi ‘orang tengah’ yang juga ejen cicak gecko di negara ini. Mohd Nazarudin dilaporkan berlepas ke Pulau Jolo pada 27 April lalu bersama lelaki warga Filipina yang juga ejen cicak gecko atas urusan perniagaan reptilia itu sebelum ditahan kumpulan lanun terbabit pada 8 Mei lalu. Selepas rundingan dilakukan keluarga mangsa, 1 Julai lalu, kumpulan kononnya wakil kumpulan penculik memberi kata dua kepada ibu Nazarudin supaya menyerahkan wang tebusan RM60,000 dalam tempoh seminggu atau pintu rundingan akan ditutup.


Susulan laporan berkenaan, pada 15 Julai lalu, Pengerusi Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata pihaknya mempertimbangkan untuk melancarkan tabung derma dalam usaha membebaskan Mohd Nazarudin jika mendapat pengesahan tuntutan itu daripada kumpulan penculik itu.


SUMBER : HARIAN METRO KHAMIS

note tercicir : ada lg rupanya kumpulan2 jack sparow nie

0 orang bdk spray kt dinding aku:

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP