Sunday, 7 August 2011

Tanah runtuh: Lapan jam keluarkan mangsa


BH Online

IPOH: Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan sembilan mangsa dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di sini. 

Pengarah Bomba Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata operasi bermula jam 6.15 petang dan ditamatkan pada jam 2.15 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui kira-kira jam 1.20 pagi.
Katanya, operasi membabitkan 248 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Smart dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands.

Beliau berkata sebanyak tiga jentolak digunakan untuk mengalih timbunan tanah serta anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu mengesan kedudukan mangsa. 

Kejadian itu mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi cedera parah. 

Mangsa yang maut ialah Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk bedah siasat. 

Sementara itu, dua mangsa yang cedera iaitu Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut. - BERNAMA

0 orang bdk spray kt dinding aku:

Page Navigation Hack

~~boleh komen melalui facebook juga :)~~

jom click :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

afca little gurl..

~~Ruang iklan percuma untuk diiklankan~~
~~Ruang Iklan percuma~~

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP